Anda ingin bina jenama kosmetik anda sendiri dengan modal yang rendah? Anda ingin berjaya seperti jutawan-jutawan kosmetik terkemuka di Malaysia namun tidak tahu bagaimana caranya? Anda ingin mencipta produk anda sendiri namun kekeringan idea?
Tahukah anda bahawa terdapat cara mudah untuk anda bina jenama kosmetik anda sendiri, dengan modal yang rendah?
Kami di kilangoem.com merupakan pakar dalam menghasilkan produk kosmetik dan penjagaan kulit OEM atau original equipment manufacturer. Kilang kami diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat status amalan perkilangan baik (GMP) dan persijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM).
- Pilih formulasi sedia-ada atau cipta formulasi baru
Rujuk wakil jualan kami dan pilih sama ada stok formulasi sedia ada kilang kami atau formulasi ciptaan anda sendiri untuk produk anda.
- Sampel R&D
Sampel akan dihantar kepada anda dalam masa 1-2 minggu dalam keadaan yang rapi.
- Pengesahan Tempahan
Setelah formula akhir dan reka bentuk pembungkusan disahkan, 50% dari jumlah pembayaran perlu dilakukan sebagai deposit sebelum pengeluaran dimulakan.
- Pengeluaran
Selepas pengeluaran pertama, kilang kami akan mula beroperasi untuk menghasilkan produk anda dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
- Pendaftaran
Semasa pengeluaran, kami juga akan membantu produk anda untuk mendapatkan lessen-lesen dari pihak-pihak yang berlainan seperti KKM, HALAL serta sijil ujikaji makmal jika diperlukan.
- Penghantaran
Setelah penghasilan produk siap, kami akan menerima baki bayaran dan menghantar produk kepada anda.
Jangan bimbang, kami di kilangoem.com bersedia untuk membantu merealisasikan impian anda. Hubungi kami segera untuk sesi konsultasi dan pertanyaan. Konsultasi kami adalah percuma!