kilang oem

7 Tips Pilih Kilang OEM Yang Terbaik Untuk Bisnes Anda

Jika anda ingin mengeluarkan produk berjenama sendiri, pastinya anda tahu salah satu cara terbaik untuk berbuat demikian adalah dengan mendapatkan perkhidmatan kilang OEM.

Jadi, dalam artikel ini, kami akan bantu anda dengan memberikan 7 tips pilih kilang OEM yang terbaik untuk bisnes anda. 

Teruskan baca artikel ini untuk mengetahui bagaimana anda ingin memilih kilang OEM yang boleh dipercayai. 

Kilang OEM

image5

Sebelum itu, kilang OEM ni apa?

OEM, atau Original Equipment Manufacturer adalah kilang yang mengeluarkan sesuatu produk untuk pengusaha yang mempunyai jenama sendiri tetapi tiada kilang pengeluar.

Jadi kalau anda ingin keluar dengan jenama anda sendiri, anda tak perlu risau tentang mempunyai kilang anda sendiri, cari sahaja kilang OEM.

Tetapi macam mana nak tahu kilang OEM ni bagus dan anda tak akan hadapi masalah dengan produk keluaran mereka di masa akan datang?

Jangan risau, kami akan membantu anda!

Teruskan membaca untuk mengetahui tips memilih kilang OEM yang terbaik untuk anda.

7 Tips Pilih Kilang OEM

Mesti ramai yang tertanya macam mana nak tahu sesebuah kilang OEM itu diyakini atau tak kan?

Jom tengok senarai yang kami sediakan.

1. Mempunyai Perakuan GMP Oleh KKM

cGMP Certification

GMP, atau Good Manufacturing Practice, merupakan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Kenapa kilang OEM kena ada GMP?

Supaya terjaminlah produk yang kilang OEM tersebut keluarkan untuk jenama anda selamat dan tidak memudaratkan pengguna.

Nak tengok sama ada kilang itu ada GMP atau tak ni senang saja.

Layari laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan cari nama kilang di bahagian List of Cosmetic Manufacturer.

Kalau nama kilang tersebut tiada dalam senarai, anda dinasihatkan carilah kilang lain yang berdaftar.

Jadikan Impian Perniagaan Anda Menjadi Kenyataan Bersama Kilang Kami!

Dengan kemudahan dan kualiti terbaik, Kami akan jadikan impian anda menjadi kenyataan! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut.

apa itu oem

2. Kilang Mempunyai Kepakaran Khusus

image3

Ada pengilang yang boleh menghasilkan pelbagai jenis produk, anda yang tidak. 

Jadi nak pilih yang mana?

Mana-mana pun boleh tetapi dinasihatkan untuk pilih kilang yang pakar dalam sesuatu kepakaran saja. 

Cara untuk tahu adalah meneliti kategori produk apa yang paling banyak diminta oleh pelanggan mereka?

Seterusnya anda juga perlu teliti tentang kepelbagaian formula produk yang telah mereka keluarkan.

Lagi banyak formula, lagi lah banyak pilihan untuk menghasilkan produk anda.

3. Mempunyai Perakuan HALAL Oleh JAKIM Terutama Pada Kilang OEM Makanan

jakim halal malaysia logo

Tips ini terbuka buat semua rakyat Malaysia memandangkan kita tinggal dalam negara yang berbilang kaum dan agama.

Kebanyakan pengguna, tidak mengira agama, mencari produk HALAL, bukan sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia. 

Kenapa pengguna mencari produk HALAL?

Sebab dengan mendapatkan perakuan HALAL dari JAKIM, maka terakuilah bahawa sesuatu produk ini bersih, suci dan selamat digunakan. 

Bukan makanan sahaja yang perlukan sijil HALAL, segala jenis produk lain seperti kosmetik pun perlu perakuan daripada JAKIM.

Nak tengok jika kilang itu mempunyai sijil HALAL ni mudah.

Layari Portal Rasmi HALAL Malaysia dan semak status kilang yang anda inginkan di bahagian Semak Status HALAL.

4. Harga Yang Berpatutan

image4

Sebagai pemilik produk, pastinya anda akan mempunyai ejen, stokis dan staf yang lain.

Jadi anda kena fikirkan margin keuntungan bukan sahaja untuk anda seorang tetapi untuk setiap pekerja anda. 

Oleh itu, anda perlu pastikan anda mencari kilang OEM yang menawarkan harga penghasilan produk yang berpatutan.

Harga yang ditawarkan oleh kilang OEM perlulah berpatutan mengikut kehendak anda serta pelanggan sasaran anda.

5. Kilang OEM Malaysia yang Mempunyai Perakuan MeSTI

Tadi anda dah baca tentang perlunya perakuan GMP oleh KKM dan perakuan HALAL oleh JAKIM.

Jadi MeSTI ni apa pula? 

MeSTI, atau Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri merupakan sijil yang kilang perlu ada jika anda ingin mengeluarkan produk makanan. 

Hal ini adalah untuk memastikan produk makanan anda tidak memudaratkan pengguna apabila dimakan.

Semak sama ada nama kilang OEM yang anda inginkan di laman web rasmi Bahagian Keselamatan Kualiti Makanan KKM.

6. Penghasilan Produk OEM Sampel Berkualiti Tinggi

image6

Tips ini adalah antara yang paling penting yang perlu anda teliti dengan baik iaitu sampel daripada kilang.

Anda perlu pastikan setiap aspek sampel produk anda adalah seperti yang anda inginkan dan berkualiti tinggi sebelum anda membuat keputusan untuk dipasarkan secara besar-besaran.

Antara perkara yang anda perlu memberikan penelitian yang telus adalah tekstur, bentuk, warna dan wangian produk anda. 

7. Kenali Latar Belakang Pemilik OEM Kilang

Mungkin bagi anda perkara ini remeh dan anda mungkin tertanya perlukah anda mengenali pemilik kilang? 

Ya, anda disarankan untuk memeriksa latar belakang pemilik kilang supaya anda tidak ditipu dan mengalami kerugian yang besar.

Macam mana nak tahu kalau kilang tu jujur dan amanah?

Pertama sekali, mereka lantang memperjuangkan formulasi produk berkualiti dan halal serta tidak kedekut untuk kongsi ilmu dengan anda.

Mereka juga tidak takut berkongsi maklumat produk dan terbuka menunjukkan situasi dalam kilang dan proses pembuatan produk anda.

Bonus! Mereka juga membantu anda dalam memasarkan produk sama ada secara langsung ataupun tidak. 

Kilang OEM Terbaik Untuk Bisnes Anda

Official Logo Mudah OEM 1 1

Kalau anda tak nak pening-pening fikirkan, jangan risau kami dah pun fikirkan untuk anda! 

Kami ingin mencadangkan kilang OEM yang terbaik untuk bisnes anda iaitu MUDAH OEM!

Mudah kan nak ingat? MUDAH OEM!

Jadi apa yang bagusnya MUDAH OEM ni dan kenapa anda kena pilih kilang OEM ni berbanding kilang OEM yang lain?

Pertama sekali, MUDAH OEM menyediakan borang sebagai langkah mudah pertama untuk anda kenal pasti jenis produk atau servis yang anda inginkan.

Anda juga dapat memformulasikan produk anda sendiri dengan berkomunikasi dengan pihak R&D yang profesional dari MUDAH OEM.

Keputusan pemilihan untuk pembungkusan, label dan sebagainya untuk produk anda terletak di tangan anda! 

MUDAH OEM hanya akan memastikan produk anda dihasilkan dengan baik dan berkualiti tinggi.

Pihak MUDAH OEM juga akan memastikan sampel produk anda tersedia dalam jangka masa yang ditetapkan dan anda boleh ubah sebanyak tiga kali mengikut keperluan.

Kilang MUDAH OEM juga akan memastikan sampel yang betul dan sah yang memasuki proses pengeluaran untuk menjadi produk siap yang boleh memasuki pasaran. 

Dan yang paling best sekali adalah, semua proses-proses yang anda fikir rumit ini, dari A-Z, akan dikendalikan oleh mereka.

Sampaikan pendaftaran produk untuk memastikan kebolehjualan produk juga akan dibantu oleh MUDAH OEM. 

Jadi, apa yang anda perlu buat?

Komunikasi dan bincang apa yang anda inginkan, ikuti perkembangan pemprosesan produk anda dan tunggu untuk produk siap anda di pasaran.

Tunggu apa lagi?

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Chat Dengan Kami
Hello Mudah Oem!
Boleh saya dapatkan maklumat lanjut tentang service OEM?