produk jenama sendiri dengan modal rendah

Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah Di Sini!

Zaman sekarang kita lihat banyak produk-produk lokal berjenama sendiri yang muncul bercambah seperti cendawan selepas hujan. Boleh ke produk jenama sendiri dengan modal rendah?

Senang sangat ke nak jual produk jenama sendiri?

Ya, senang saja tetapi anda perlu tahu sedikit ilmu untuk memulakan produk jenama anda sendiri.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana ingin memulakan produk jenama sendiri dengan modal rendah, teruskan membaca artikel ini. 

Di akhir artikel ini, kami juga berkongsi kilang OEM terbaik jadi anda dah tak perlu pening-pening lagi! 

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Produk Jenama Sendiri?

 produk jenama sendiri dengan modal rendah

Produk jenama sendiri adalah produk yang mengandungi kandungan tertentu yang dihasilkan oleh kilang OEM atau nama penuhnya, Original Equipment Manufacturer.

Dan produk jenama sendiri ini akan mengikut kehendak pemilik produk/jenama tersebut. 

Pemasaran produk ini akan berada di bawah jenama milik founder produk tersebut. 

Jika anda ingin mengeluarkan produk jenama sendiri, anda hanya perlu sediakan modal permulaan dan pilih jenis produk yang dihasilkan oleh kilang jenama sendiri. 

Tetapkan kuantiti order minima yang diperlukan anda dan kilang akan mengeluarkan produk mengikut kuantiti tersebut. 

Anda boleh pasarkan produk kepada pelanggan anda secara langsung atau melalui ejen jualan. 

Kenapa cara ini diminati dan dilakukan oleh ramai pemilik produk?

Kerana anda tidak perlu memiliki kilang sendiri untuk hasilkan produk anda. 

Cuma sediakan modal, pilih jenis produk dan kilang akan sediakan semuanya.  

Bagaimana Nak Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah?

 produk jenama sendiri dengan modal rendah

Setiap produk memerlukan jumlah modal yang berbeza. 

Bagi yang baru nak mulakan bisnes jualan produk anda sendiri, anda tidak perlu modal yang besar mahupun kuantiti order minima pun tinggi. 

Hal ini kerana anda perlu melihat pasaran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan kerugian jika produk tidak menepati pasaran.

Bagi kebanyakan produk, modal yang diperlukan adalah dari RM3,000 – RM5,000. 

Mengeluarkan jenama sendiri dengan kilang OEM menjimatkan kerana anda tidak perlu risau cara penghasilan dan pembungkusan produk. 

Namun bagi produk suplemen dan kecantikan, anda perlu dapatkan kelulusan pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan.

Hal ini adalah bagi memastikan produk anda mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. 

Tips Untuk Menjual Produk Anda Sendiri

sE1v5CyipeBDE 8xydVFtZXpDza23zlI8UJGa71I XvJ0ArOci6NGOk5bn6 f

Anda perlu fahami bahawa penjualan sesuatu produk bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi adalah untuk memenuhi keperluan atau keinginan pelanggan.

Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips untuk menjual produk anda sendiri. 

  1. Fahami produk anda

Sekadar mengetahui tidak mencukupi, anda perlu fahami betul-betul produk anda supaya anda boleh menjawab apa saja jawapan yang boleh timbul daripada pelanggan.

Anda boleh gunakan pengetahuan tentang produk anda untuk menyesuaikan dengan keperluan pelanggan anda supaya produk anda kelihatan lengkap nilainya. 

  1. Ketahui prospek anda

Pastikan anda mengetahui prospek atau bakal pelanggan anda. 

Anda perlu lakukan sedikit kajian pasaran seperti melawat laman web, membaca risalah syarikat, berbincang dengan kenalan untuk memahami pasaran yang anda ingin masuki.  

  1. Tagline produk  

Seperti yang kita lihat di pasaran, setiap produk ada tagline.

Produk anda juga perlu mempunyai tagline yang menarik dan menerangkan produk anda supaya jika bakal pelanggan anda baca, mereka boleh terus tahu tentang produk anda. 

  1. Mesej produk

Anda perlu fasih dengan mesej yang cuba disampaikan oleh jenama dan produk anda terutamanya jika produk anda adalah produk baharu dalam pasaran.

Hal ini bagi membantu bakal pelanggan anda tahu kenapa mereka perlu membeli produk anda.

  1. Imej jenama anda

Imej jenama perlulah boleh diterima oleh masyarakat dan tidak terpalit dengan apa-apa kontroversi yang boleh menjauhkan pelanggan dari produk anda.

Berbicara tentang imej jenama, anda juga perlu berketerampilan menarik kerana andalah muka depan bagi jenama dan produk anda. 

Kilang OEM Jenama sendiri Dengan Modal Rendah! 

 produk jenama sendiri dengan modal rendah

Jika anda sudah bersedia untuk memulakan produk anda sendiri tetapi masih tidak mengetahui bagaimana ingin mengambil langkah pertama anda, anda tiba di tempat yang betul. 

Mulakan dengan mencari kilang OEM untuk produk anda. 

Kami cadangkan kilang OEM yang terbaik untuk bisnes anda iaitu MUDAH OEM!

Jadi apa yang terbaik tentang MUDAH OEM ni dan kenapa anda kena pilih kilang OEM ni berbanding kilang OEM yang lain?

MUDAH OEM memudahkan langkah pertama anda dengan membantu anda kenal pasti jenis produk atau servis yang anda ingin lakukan hanya dengan mengisi borang yang disediakan. 

Anda juga boleh memformulasi produk anda sendiri dengan berkomunikasi dengan pihak R&D yang profesional dari MUDAH OEM.

Keputusan bagi pembungkusan, label dan sebagainya untuk produk anda terletak di tangan anda supaya sesuai dengan jenama anda. 

MUDAH OEM hanya pastikan produk anda dihasilkan dengan baik dan berkualiti tinggi.

Pihak MUDAH OEM juga akan memastikan sampel produk anda tersedia dalam jangka masa yang ditetapkan dan anda boleh ubah sebanyak tiga kali mengikut keperluan.

Kilang MUDAH OEM juga akan pastikan sampel yang betul dan sah yang memasuki proses pengeluaran untuk menjadi produk siap yang boleh memasuki pasaran. 

Dan yang paling best sekali adalah, semua proses-proses yang anda fikir rumit ini, dari A-Z, akan dikendalikan oleh mereka.

Sampaikan pendaftaran produk untuk memastikan kebolehjualan produk juga akan dibantu oleh MUDAH OEM. 

Anda hanya tinggal berkomunikasi dan bincangkan apa yang anda inginkan, ikuti perkembangan pemprosesan produk anda dan tunggu untuk produk siap anda di pasaran.

Tunggu apa lagi?

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Chat Dengan Kami
Hello Mudah Oem!
Boleh saya dapatkan maklumat lanjut tentang service OEM?