produk muslim

Produk Muslim di Malaysia: Senarai Barangan dan Kriteria Yang Perlu Anda Tahu

Isu produk halal merupakan isu yang sudah lama dibincangkan terutamanya bagi produk-produk yang meragukan pengguna. 

Sesuatu produk, tidak kiralah makanan, pakaian, produk kosmetik dan sebagainya perlulah dihasilkan mengikut hukum syarak atau garis panduan yang dijelaskan dalam al-Quran dan sunnah.

Tak kiralah anda seorang pengguna atau pengeluar produk, anda perlu tahu kriteria produk halal bagi mengelakkan unsur syubhah. 

Mengeluarkan atau membeli produk halal terutamanya dari peniaga Muslim bukanlah hanya untuk pastikan ia tidak melanggar syarak tetapi terdapat banyak lagi kepentingan lain. 

Di sini, kami kongsikan kriteria produk halal, kepentingan membeli produk Muslim dan senarai produk Muslim di pasaran Malaysia.

Muslim Perlu Ambil Tahu Kriteria Produk Halal

produk halal

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menggariskan beberapa kriteria bagi mengesahkan sesuatu produk itu halal kepada pengguna. 

  • Maklumat pada label pembungkusan 

Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengguna adalah maklumat pada pembungkusan yang mengikut peraturan, akta dan standard berkaitan.

Perhatikan jika label mengandungi maklumat seperti:

  • Nama produk
  • Logo Halal Malaysia beserta nombor Malaysian Standard (MS) dan nombor rujukan fail (10 angka terakhir) 
  • Kandungan bersih dinyatakan dalam sukatan metrik (unit SI) 
  • Nama dan alamat pengilangan, pengimport dan/atau pengedar dan cap dagangan
  • Senarai kandungan 
  • Nombor kod menunjukkan tarikh atau kelompok pengeluaran dan tarikh luput
  • Negara asal produk 

Anda juga perlu pastikan label dicetak dengan terang, jelas dan tidak mudah dipadamkan. 

  • Nama produk tidak menggunakan nama berunsurkan keagamaan, ketuhanan dan perkataan ‘Halal’

Anda perlu berhati-hati jika melihat produk yang menggunakan perkataan ‘Halal’ pada namanya kerana dikhuatiri tidak mempunyai sijil halal. 

Strategi perkataan ‘Halal’ pada nama mungkin boleh menyebabkan kekeliruan bagi sesetengah pengguna yang menyangkakan ianya halal tanpa memeriksa dengan teliti.

  • Penggunaan logo Halal Malaysia untuk promosi

Anda perlu bijak menilai sama ada ianya digunakan semata untuk mempromosikan produk kepada pengguna Islam atau tidak berkaitan. 

Hal ini banyak berlaku terutamanya pada musim perayaan seperti bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. 

  • Label dan iklan tidak melanggar prinsip hukum syarak

Pastikan iklan yang dipaparkan pada pembungkusan produk tidak melanggar hukum syarak dan mengandungi unsur-unsru tidak sopan.

Jika ada elemen bertentangan, elakkanlah membeli produk tersebut. 

Kepentingan Membeli Produk Muslim 

produk muslim

Membeli produk Muslim bukan sahaja menguntungkan pemilik produk tetapi membawa manfaat kepada pihak lain juga.

  • Membantu Muslim yang tidak mampu mengeluarkan zakat

Seperti yang diketahui, zakat adalah salah satu rukun islam dan boleh membantu dalam pengembangan upaya umat Islam.

Dengan membeli produk Muslim, anda membantu meningkatkan kutipan zakat terutamanya zakat perniagaan.

Hal ini mendorong lebih ramai peniaga Muslim untuk memungut keuntungan maka membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab membayar zakat dan membantu Muslim yang memerlukan. 

  • Merapatkan jurang ekonomi orang Muslim dan kaum lain

Membeli produk Muslim boleh merapatkan jurang ekonomi antara kaum menjadikannya lebih seimbang dan hasilnya, usaha memupuk perpaduan rakyat Malaysia akan lebih berkesan.

Dengan meningkatkan prestasi ekonomi produk Muslim, kualiti turut dapat ditingkatkan dan memberikan produk yang lebih berkualiti. 

  • Menaikkan perniagaan Muslim 

Perniagaan orang Islam yang dianggap jauh ketinggalan berbanding perniagaan orang bukan Islam boleh diperbaiki dengan langkah menyokong produk Muslim. 

Namun, ini bukanlah satu saranan untuk Muslim memboikot pihak lain tetapi satu galakan untuk memilih produk keluaran orang Islam terlebih dahulu. 

Senarai Produk Muslim Di Malaysia

Berikut merupakan senarai beberapa produk Muslim di pasaran mengikut kategori barangan. 

  1. Beras 

JUARA, FAIZA, ERA BAYAM, FIKRI/FAIZ

  1. Gula & Garam 

CSR (warna merah), TAMIN, ADABI, FAIZA

  1. Bihun, Kuey Teow & Mee Kuning 

FAIZA, MUSLIM, TIGA TERATAI, TAMIN, SUFI, TAYBAH 

  1. Minyak Masak

SAJI, LESONG, ADELA, ALIFF, JENAMA FGV

  1. Kicap, Sos & Cuka 

JALEN, TAMIN, KIPAS UDANG, FAIZA, AGROMAS, MUDIM, ALIF, ADELA, ADABI, ENAQ, HPA, FIKRI, TAYBAH

  1. Susu Pekat/Cair

SAJI, ALIFF, COOP 1 MALAYSIA

  1. Sardin

ADABI, KING CUP, PERTIMA, AGROMAS

  1. Santan

ADABI, AGROMAS, USAHAWAN TEMPATAN

  1. Rempah Ratus

ADABI, AGROMAS, BRAHIMS, FAIZA, IMANS, BESTA, BUNGA ROS

  1. Biskut/Roti

GARDENIA, HPA, AGROMAS, IKHWAN

  1. Minuman/Kopi

HANG TUAH, GANTANG, AGROMAS, HPA

  1. Produk Tenusu

SUMMERFIELD, LAZZ

  1. Sapuan Roti/Majerin

GARDENIA, AGROMAS, SUN BEAR (FGV), ADELA, SERI PELANGI, MARINA

  1. Air Mineral

HPA, GAU, FAIZA, MYDIN, UMMAH, HAFI

  1. Produk Sejuk Beku

RAMLY, AYAMAS, IWANI, AZMY, ENNA 

  1. Sabun/Penjagaan Diri

SECRET GARDEN, MYUMMAH, ASMAK

  1. Pasaraya Muslim

MYDIN, SABASUN, IKHWAN MART, SAKAN, AZ-ZAIN, SMA GROCERIES

Senarai ini bukanlah keseluruhan produk Muslim di Malaysia dan banyak lagi produk Muslim di luar sana yang anda boleh sokong dan beli. 

Yang pentingnya tentang produk Muslim adalah ia memberikan keyakinan kepada pembeli tentang status halal dan kesuciannya. 

Jika anda seorang pengeluar produk Muslim, pastikan produk anda mematuhi piawaian dan tidak melanggar hukum syarak Islam.

Cara yang paling mudah adalah dengan memastikan kilang pembuatan produk anda menghasilkan produk yang halal dan berkualiti.

Kami mencadangkan kilang OEM terbaik dan diyakini mampu memenuhi permintaan anda iaitu MUDAH OEM. 

mudah oem

MUDAH OEM membantu anda untuk keluarkan produk jenama anda sendiri yang dijamin halal, berkualiti dan berdaftar dengan sah. 

Dengan MUDAH OEM memang mudah. 

Bagitahu saja apa yang anda mahu, ikuti proses penghasilannya dan tunggu saja produk anda siap. 

Yang bagusnya, MUDAH OEM membantu anda kenal pasti jenis produk atau servis yang anda ingin, isi borang dan yang selebihnya akan dikendalikan oleh mereka. 

Jika anda ingin formulasi produk anda sendiri, MUDAH OEM mempunyai pihak R&D yang profesional yang sedia membantu anda. 

Untuk pembungkusan, label dan sebagainya, kuasa di tangan anda untuk tentukan bagaimana yang sesuai dengan jenama anda dan MUDAH OEM akan realisasikan.

Berdasarkan persetujuan anda dengan MUDAH OEM, anda dijamin akan dapatkan sampel produk anda tepat pada masanya.

Kalau ada yang tak kena dengan cita rasa, anda diberikan peluang untuk ubah sebanyak 3 kali mengikut keperluan. 

Bab pendaftaran produk semua akan dibantu oleh MUDAH OEM jadi anda tak perlu risaukan apa pun! 

Tinggal hubungi MUDAH OEM saja untuk mengeluarkan produk Muslim jenama anda sendiri! 

Daftar sekarang! 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *