produk jenama sendiri dengan modal rendah

Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah Di Sini!

Zaman sekarang kita lihat banyak produk-produk lokal berjenama sendiri yang muncul bercambah seperti cendawan selepas hujan. Boleh ke produk jenama sendiri dengan modal rendah?

Senang sangat ke nak jual produk jenama sendiri?

Ya, senang saja tetapi anda perlu tahu sedikit ilmu untuk memulakan produk jenama anda sendiri.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana ingin memulakan produk jenama sendiri dengan modal rendah, teruskan membaca artikel ini. 

Di akhir artikel ini, kami juga berkongsi kilang OEM terbaik jadi anda dah tak perlu pening-pening lagi! 

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Produk Jenama Sendiri?

 produk jenama sendiri dengan modal rendah

Produk jenama sendiri adalah produk yang mengandungi kandungan tertentu yang dihasilkan oleh kilang OEM atau nama penuhnya, Original Equipment Manufacturer.

Dan produk jenama sendiri ini akan mengikut kehendak pemilik produk/jenama tersebut. 

Pemasaran produk ini akan berada di bawah jenama milik founder produk tersebut. 

Jika anda ingin mengeluarkan produk jenama sendiri, anda hanya perlu sediakan modal permulaan dan pilih jenis produk yang dihasilkan oleh kilang jenama sendiri. 

Tetapkan kuantiti order minima yang diperlukan anda dan kilang akan mengeluarkan produk mengikut kuantiti tersebut. 

Anda boleh pasarkan produk kepada pelanggan anda secara langsung atau melalui ejen jualan. 

Kenapa cara ini diminati dan dilakukan oleh ramai pemilik produk?

Kerana anda tidak perlu memiliki kilang sendiri untuk hasilkan produk anda. 

Cuma sediakan modal, pilih jenis produk dan kilang akan sediakan semuanya.  

Bagaimana Nak Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah?

 produk jenama sendiri dengan modal rendah

Setiap produk memerlukan jumlah modal yang berbeza. 

Bagi yang baru nak mulakan bisnes jualan produk anda sendiri, anda tidak perlu modal yang besar mahupun kuantiti order minima pun tinggi. 

Hal ini kerana anda perlu melihat pasaran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan kerugian jika produk tidak menepati pasaran.

Bagi kebanyakan produk, modal yang diperlukan adalah dari RM3,000 – RM5,000. 

Mengeluarkan jenama sendiri dengan kilang OEM menjimatkan kerana anda tidak perlu risau cara penghasilan dan pembungkusan produk. 

Namun bagi produk suplemen dan kecantikan, anda perlu dapatkan kelulusan pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan.

Hal ini adalah bagi memastikan produk anda mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. 

Tips Untuk Menjual Produk Anda Sendiri

Anda perlu fahami bahawa penjualan sesuatu produk bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi adalah untuk memenuhi keperluan atau keinginan pelanggan.

Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips untuk menjual produk anda sendiri. 

  1. Fahami produk anda

Sekadar mengetahui tidak mencukupi, anda perlu fahami betul-betul produk anda supaya anda boleh menjawab apa saja jawapan yang boleh timbul daripada pelanggan.

Anda boleh gunakan pengetahuan tentang produk anda untuk menyesuaikan dengan keperluan pelanggan anda supaya produk anda kelihatan lengkap nilainya. 

  1. Ketahui prospek anda

Pastikan anda mengetahui prospek atau bakal pelanggan anda. 

Anda perlu lakukan sedikit kajian pasaran seperti melawat laman web, membaca risalah syarikat, berbincang dengan kenalan untuk memahami pasaran yang anda ingin masuki.  

  1. Tagline produk  

Seperti yang kita lihat di pasaran, setiap produk ada tagline.

Produk anda juga perlu mempunyai tagline yang menarik dan menerangkan produk anda supaya jika bakal pelanggan anda baca, mereka boleh terus tahu tentang produk anda. 

  1. Mesej produk

Anda perlu fasih dengan mesej yang cuba disampaikan oleh jenama dan produk anda terutamanya jika produk anda adalah produk baharu dalam pasaran.

Hal ini bagi membantu bakal pelanggan anda tahu kenapa mereka perlu membeli produk anda.

  1. Imej jenama anda

Imej jenama perlulah boleh diterima oleh masyarakat dan tidak terpalit dengan apa-apa kontroversi yang boleh menjauhkan pelanggan dari produk anda.

Berbicara tentang imej jenama, anda juga perlu berketerampilan menarik kerana andalah muka depan bagi jenama dan produk anda. 

Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah! 

 produk jenama sendiri dengan modal rendah

Jika anda sudah bersedia untuk memulakan produk anda sendiri tetapi masih tidak mengetahui bagaimana ingin mengambil langkah pertama anda, anda tiba di tempat yang betul. 

Mulakan dengan mencari kilang OEM untuk produk anda. 

Kami cadangkan kilang OEM yang terbaik untuk bisnes anda iaitu MUDAH OEM!

Jadi apa yang terbaik tentang MUDAH OEM ni dan kenapa anda kena pilih kilang OEM ni berbanding kilang OEM yang lain?

MUDAH OEM memudahkan langkah pertama anda dengan membantu anda kenal pasti jenis produk atau servis yang anda ingin lakukan hanya dengan mengisi borang yang disediakan. 

Anda juga boleh memformulasi produk anda sendiri dengan berkomunikasi dengan pihak R&D yang profesional dari MUDAH OEM.

Keputusan bagi pembungkusan, label dan sebagainya untuk produk anda terletak di tangan anda supaya sesuai dengan jenama anda. 

MUDAH OEM hanya pastikan produk anda dihasilkan dengan baik dan berkualiti tinggi.

Pihak MUDAH OEM juga akan memastikan sampel produk anda tersedia dalam jangka masa yang ditetapkan dan anda boleh ubah sebanyak tiga kali mengikut keperluan.

Kilang MUDAH OEM juga akan pastikan sampel yang betul dan sah yang memasuki proses pengeluaran untuk menjadi produk siap yang boleh memasuki pasaran. 

Dan yang paling best sekali adalah, semua proses-proses yang anda fikir rumit ini, dari A-Z, akan dikendalikan oleh mereka.

Sampaikan pendaftaran produk untuk memastikan kebolehjualan produk juga akan dibantu oleh MUDAH OEM. 

Anda hanya tinggal berkomunikasi dan bincangkan apa yang anda inginkan, ikuti perkembangan pemprosesan produk anda dan tunggu untuk produk siap anda di pasaran.

Tunggu apa lagi?

kilang oem

7 Tips Pilih Kilang OEM Yang Terbaik Untuk Bisnes Anda

Jika anda ingin mengeluarkan produk berjenama sendiri, pastinya anda tahu salah satu cara terbaik untuk berbuat demikian adalah dengan mendapatkan perkhidmatan kilang OEM.

Jadi, dalam artikel ini, kami akan bantu anda dengan memberikan 7 tips pilih kilang OEM yang terbaik untuk bisnes anda. 

Teruskan baca artikel ini untuk mengetahui bagaimana anda ingin memilih kilang OEM yang boleh dipercayai. 

Kilang OEM

Sebelum itu, kilang OEM ni apa?

OEM, atau Original Equipment Manufacturer adalah kilang yang mengeluarkan sesuatu produk untuk pengusaha yang mempunyai jenama sendiri tetapi tiada kilang pengeluar.

Jadi kalau anda ingin keluar dengan jenama anda sendiri, anda tak perlu risau tentang mempunyai kilang anda sendiri, cari sahaja kilang OEM.

Tetapi macam mana nak tahu kilang OEM ni bagus dan anda tak akan hadapi masalah dengan produk keluaran mereka di masa akan datang?

Jangan risau, kami akan membantu anda!

Teruskan membaca untuk mengetahui tips memilih kilang OEM yang terbaik untuk anda.

7 Tips Pilih Kilang OEM

Mesti ramai yang tertanya macam mana nak tahu sesebuah kilang OEM itu diyakini atau tak kan?

Jom tengok senarai yang kami sediakan.

  1. Mempunyai Perakuan GMP Oleh KKM

GMP, atau Good Manufacturing Practice, merupakan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Kenapa kilang OEM kena ada GMP?

Supaya terjaminlah produk yang kilang OEM tersebut keluarkan untuk jenama anda selamat dan tidak memudaratkan pengguna.

Nak tengok sama ada kilang itu ada GMP atau tak ni senang saja.

Layari laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan cari nama kilang di bahagian List of Cosmetic Manufacturer.

Kalau nama kilang tersebut tiada dalam senarai, anda dinasihatkan carilah kilang lain yang berdaftar.

  1. Kilang Mempunyai Kepakaran Khusus

Ada pengilang yang boleh menghasilkan pelbagai jenis produk, anda yang tidak. 

Jadi nak pilih yang mana?

Mana-mana pun boleh tetapi dinasihatkan untuk pilih kilang yang pakar dalam sesuatu kepakaran saja. 

Cara untuk tahu adalah meneliti kategori produk apa yang paling banyak diminta oleh pelanggan mereka?

Seterusnya anda juga perlu teliti tentang kepelbagaian formula produk yang telah mereka keluarkan.

Lagi banyak formula, lagi lah banyak pilihan untuk menghasilkan produk anda.

  1. Mempunyai Perakuan HALAL Oleh JAKIM

Tips ini terbuka buat semua rakyat Malaysia memandangkan kita tinggal dalam negara yang berbilang kaum dan agama.

Kebanyakan pengguna, tidak mengira agama, mencari produk HALAL, bukan sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia. 

Kenapa pengguna mencari produk HALAL?

Sebab dengan mendapatkan perakuan HALAL dari JAKIM, maka terakuilah bahawa sesuatu produk ini bersih, suci dan selamat digunakan. 

Bukan makanan sahaja yang perlukan sijil HALAL, segala jenis produk lain seperti kosmetik pun perlu perakuan daripada JAKIM.

Nak tengok jika kilang itu mempunyai sijil HALAL ni mudah.

Layari Portal Rasmi HALAL Malaysia dan semak status kilang yang anda inginkan di bahagian Semak Status HALAL.

  1. Harga Yang Berpatutan

kilang oem

Sebagai pemilik produk, pastinya anda akan mempunyai ejen, stokis dan staf yang lain.

Jadi anda kena fikirkan margin keuntungan bukan sahaja untuk anda seorang tetapi untuk setiap pekerja anda. 

Oleh itu, anda perlu pastikan anda mencari kilang OEM yang menawarkan harga penghasilan produk yang berpatutan.

Harga yang ditawarkan oleh kilang OEM perlulah berpatutan mengikut kehendak anda serta pelanggan sasaran anda.

  1. Mempunyai Perakuan MeSTI

Tadi anda dah baca tentang perlunya perakuan GMP oleh KKM dan perakuan HALAL oleh JAKIM.

Jadi MeSTI ni apa pula? 

MeSTI, atau Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri merupakan sijil yang kilang perlu ada jika anda ingin mengeluarkan produk makanan. 

Hal ini adalah untuk memastikan produk makanan anda tidak memudaratkan pengguna apabila dimakan.

Semak sama ada nama kilang OEM yang anda inginkan di laman web rasmi Bahagian Keselamatan Kualiti Makanan KKM.

  1. Penghasilan Produk Sampel Berkualiti Tinggi

kilang oem

Tips ini adalah antara yang paling penting yang perlu anda teliti dengan baik iaitu sampel daripada kilang.

Anda perlu pastikan setiap aspek sampel produk anda adalah seperti yang anda inginkan dan berkualiti tinggi sebelum anda membuat keputusan untuk dipasarkan secara besar-besaran.

Antara perkara yang anda perlu memberikan penelitian yang telus adalah tekstur, bentuk, warna dan wangian produk anda.  

  1. Kenali Latar Belakang Pemilik Kilang

Mungkin bagi anda perkara ini remeh dan anda mungkin tertanya perlukah anda mengenali pemilik kilang? 

Ya, anda disarankan untuk memeriksa latar belakang pemilik kilang supaya anda tidak ditipu dan mengalami kerugian yang besar.

Macam mana nak tahu kalau kilang tu jujur dan amanah?

Pertama sekali, mereka lantang memperjuangkan formulasi produk berkualiti dan halal serta tidak kedekut untuk kongsi ilmu dengan anda.

Mereka juga tidak takut berkongsi maklumat produk dan terbuka menunjukkan situasi dalam kilang dan proses pembuatan produk anda.

Bonus! Mereka juga membantu anda dalam memasarkan produk sama ada secara langsung ataupun tidak. 

Kilang OEM Terbaik Untuk Bisnes Anda

kilang oem

Kalau anda tak nak pening-pening fikirkan, jangan risau kami dah pun fikirkan untuk anda! 

Kami ingin mencadangkan kilang OEM yang terbaik untuk bisnes anda iaitu MUDAH OEM!

Mudah kan nak ingat? MUDAH OEM!

Jadi apa yang bagusnya MUDAH OEM ni dan kenapa anda kena pilih kilang OEM ni berbanding kilang OEM yang lain?

Pertama sekali, MUDAH OEM menyediakan borang sebagai langkah mudah pertama untuk anda kenal pasti jenis produk atau servis yang anda inginkan.

Anda juga dapat memformulasikan produk anda sendiri dengan berkomunikasi dengan pihak R&D yang profesional dari MUDAH OEM.

Keputusan pemilihan untuk pembungkusan, label dan sebagainya untuk produk anda terletak di tangan anda! 

MUDAH OEM hanya akan memastikan produk anda dihasilkan dengan baik dan berkualiti tinggi.

Pihak MUDAH OEM juga akan memastikan sampel produk anda tersedia dalam jangka masa yang ditetapkan dan anda boleh ubah sebanyak tiga kali mengikut keperluan.

Kilang MUDAH OEM juga akan memastikan sampel yang betul dan sah yang memasuki proses pengeluaran untuk menjadi produk siap yang boleh memasuki pasaran. 

Dan yang paling best sekali adalah, semua proses-proses yang anda fikir rumit ini, dari A-Z, akan dikendalikan oleh mereka.

Sampaikan pendaftaran produk untuk memastikan kebolehjualan produk juga akan dibantu oleh MUDAH OEM. 

Jadi, apa yang anda perlu buat?

Komunikasi dan bincang apa yang anda inginkan, ikuti perkembangan pemprosesan produk anda dan tunggu untuk produk siap anda di pasaran.

Tunggu apa lagi?

produk jenama sendiri

Produk Jenama Sendiri: Mulakan Bisnes Anda Sekarang!

Ingin Menjual Produk Jenama Sendiri? 

Kami ada berita baik untuk anda yang bercita-cita mahu memulakan bisnes dengan menjual produk jenama sendiri kerana dalam artikel ini, kami akan menerangkan:

  • Sebab anda perlu menjual produk sendiri
  • Kepentingan memilih nama jenama yang sesuai
  • Di mana anda boleh cipta produk jenama anda sendiri

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini sehingga akhir!

Sebab Untuk Buat Produk Jenama Sendiri

produk jenama sendiri

Kenapa perlu membuat produk jenama sendiri jika anda boleh terus memperbaharui jenama produk-produk yang telah terkenal di dalam dan luar negara bukan?

Di sini kami kongsikan beberapa sebab kenapa anda perlu membuat dan mencipta jenama anda sendiri.

  • Modal yang sangat berpatutan

Pasti ramai di luar sana yang berfikiran bahawa membuat produk sendiri harus mengeluarkan modal yang banyak bukan?

Namun tahukah anda, mengeluarkan produk sendiri jauh lebih rendah berbanding memperbaharui jenama lain?

Terdapat beberapa kilang di Malaysia yang dikenali sebagai kilang OEM yang menawarkan perkhidmatan pembuatan produk dengan harga yang berpatutan.

Anda boleh mengeluarkan modal serendah RM3,000 untuk produk jenama anda sendiri. 

  • Boleh pilih produk yang diminati

Tambahan lagi, selain dari modal yang rendah, anda juga boleh mengeluarkan produk kegemaran anda, tidak kira kosmetik, makanan atau jenis produk yang lain.

Anda juga tidak perlu khuatir kerana kilang OEM selalunya memiliki sijil akreditasi Halal, pengiktirafan ISO, Amalan Pengilang Baik (GMP).

Bukan itu sahaja, ia juga dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

5 Kepentingan Memilih Nama Yang Sesuai

Pemilihan nama produk yang sesuai juga sangat penting apabila anda ingin mengeluarkan sesuatu produk. Hal ini kerana nama merupakan cerminan sesuatu produk. 

Bukan itu sahaja, ia juga boleh memberikan kesan-kesan seperti berikut:

  • Tingkatkan pengiktirafan

Selain dari nama jenama produk anda, logo sesuatu produk juga memainkan peranan yang sangat penting, lebih-lebih lagi apabila anda baru berjinak-jinak dengan industri ini.

Logo sesuatu produk berfungsi sebagai “muka” syarikat anda dan reka bentuk logo sangat penting kerana digunakan untuk setiap surat-menyurat dan pengiklanan.

Pastikan anda mengambil masa dan menghasilkan logo syarikat yang berkualiti dan sering diingati ramai. 

Sebagai contoh logo Apple, dengan hanya gambar sebiji epal yang digigit, ianya telah menjadi sesuatu produk atau brand yang susah dilupakan oleh orang ramai. 

  • Bina kepercayaan pelanggan

Bukan mudah dan bukan juga susah untuk mencipta kepercayaan pelanggan di luar sana, lebih-lebih lagi jika produk kita merupakan produk yang baharu.

Para pengguna sangat suka dan lebih tertarik kepada jenama yang dipercayai ramai. 

Mereka lebih cenderung untuk percaya kepada pengalaman pengguna-pengguna yang lepas dan sanggup bayar lebih untuk dapatkan pengalaman yang terbaik.

  • Menyokong pemasaran

Dalam dunia perniagaan, cara pemasaran sesuatu produk memainkan peranan penting dalam menarik minat pengguna-pengguna di luar sana. 

Pastikan anda tahu target audience anda dan cara pemasaran yang betul untuk memastikan produk jualan anda terjual dan laris di pasaran. 

Pastikan anda menggunakan nama dan logo anda dalam setiap cara dan jenis pemasaran kerana itu merupakan medium komunikasi antara pelanggan dengan anda. 

  • Hasilkan pelanggan baru

Tambahan lagi, nama jenama yang bagus dapat membantu syarikat dalam memberikan kesan yang mendalam kepada pelanggan.

Logo syarikat,cara pemasaran yang bagus dan reputasi adalah sangat penting untuk memberikan kesan kepada minda pengguna produk tersebut. 

Iklan yang dilakukan berulang kali boleh menarik bakal pelanggan kita untuk sentiasa, mengingati jenama dan produk serta menimbulkan minat mereka untuk membeli.

  • Memberi inspirasi kepada pekerja

Seterusnya, jenama yang kukuh boleh membuatkan pekerja kita lebih bersemangat dan bermotivasi untuk memajukan syarikat.

Jenama yang bagus dapat mewujudkan pekerja yang setia dan memberikan mereka sesuatu untuk percaya dan membantu memahami tujuan organisasi atau perniagaan.

Di Mana Anda Boleh Buat Jenama Produk Sendiri?

produk jenama sendiri

Menghasilkan jenama sendiri tidak la susah seperti yang di sangka. Jika anda menggunakan perkhidmatan kilang OEM, prosesnya boleh dikatakan sangat mudah dan tidak rumit. 

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan mengeluarkan produk dengan menggunakan perkhidmatan kilang OEM:

  • Dapat mengenal pasti jenis produk atau servis yang di inginkan dengan mengisi borang yang disediakan sebagai langkah mudah pertama  bagi merealisasikan impian anda. 

  • Dapat memformulasikan produk anda sendiri dengan berkomunikasi bersama pihak R&D professional bagi membincangkan semua permintaan untuk produk anda. 

  • Anda bebas memilih pembungkusan beserta jenis label yang sesuai untuk produk anda. Cantik dipandang, produk berkesan.

  • Sampel akan disediakan dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda boleh ubah sebanyak tiga kali mengikut keperluan. 

  • Kilang tersebut akan memastikan sampel yang disahkan akan memasuki proses pengeluaran untuk menjadi produk siap dan boleh memasuki pasaran. 

Walaupun ianya kelihatan seperti proses yang rumit, namun ianya tidak serumit yang disangkakan kerana anda hanya perlu mendaftar sahaja.

Semua proses tersebut akan dikendalikan oleh pihak kilang OEM dan anda hanya perlu mengikuti perkembangan dan berbincang dengan mereka tentang keinginan anda.

Kesimpulanya, terdapat pelbagai produk jenama sendiri yang berkualiti yang boleh dikeluarkan oleh kilang OEM di Malaysia. 

Sekiranya anda ingin mengeluarkan kosmetik, anda boleh menggunakan perkhidmatan kilang yang dikenali sebagai MUDAH OEM. 

Kelebihan-kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MUDAH OEM kepada bakal produk owner adalah seperti berikut.

  • Konsultasi percuma

Dengan pengalaman pembuatan produk sepanjang MUDAH OEM sedia memberi input terbaik dan khidmat nasihat sehingga anda berjaya mengeluarkan produk.

  • Customed formula + R&D

Bahan aktif dan formulasi yang ditentukan oleh anda sendiri, mengikut kesesuaian produk menjadikan tiada produk seumpamanya di pasaran

  • Kilang OEM/ODM

Kilang yang dipercayai dan mahir bertaraf GMP, HACCP dan HALAL serta berdaftar dengan NPRA, KKM untuk membuat semua produk-produk anda.

  • Proses A-Z

Dari bermulanya proses R&D, penyesuaian penjenamaan, pemilihan label dan pembungkusan, proses pembuatan and pendaftaran produk.

Anda hanya tinggal untuk produk siap anda di pasaran.

  • Pendaftaran produk

Pendaftaran produk untuk memastikan kebolehjualan produk di dalam pasaran domestik dan juga untuk eksport.

Kelebihan-kelebihan yang dinyatakan diatas sangat bagus bagi mereka yang ini menghasilkan produk jenama sendiri di Malaysia.

Daftar dengan MUDAH OEM dengan segera untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

earn-money

Rahsia Buat Duit Mudah Dengan Produk Kosmetik dan Kecantikan

Korang mesti pernah dengar brand-brand kosmetik seperti D’Nars, Sendayu Tinggi, Vida Beauty, Anas, Nita Cosmetic, Alfa Alha Cosmetic dan banyak lagi bukan? Company ini semua keluarkan produk kosmetik yang laris di pasaran, and ramai pelanggan setia tunggu produk mereka keluar. 

Tapi, sebenarnya tahu tak, mereka semua ada tips dan cara untuk hasilkan produk mereka sendiri. Mereka semua bermula dari bawah. Menurut portal perniagaan usahawan.com, perkara pertama yang kita perlu lakukan sebelum memulakan perniagaan adalah tahu apa kita nak jual, potensi perniagaan and yang paling penting, modal yang kita nak keluarkan.

Tak semua orang ada kepakaran untuk hasilkan produk sendiri di kilang sendiri, kerana jumlah belanja yang besar. Bayangkan anda nak buka kilang besar-besaran untuk pengeluaran produk jenama anda, awal-awal mana ada modal yang besar. Belum masuk proses R&D, marketing dan sebagainya. Silap-silap, muflis pula! 

Jadi, solusinya adalah dengan berurusan dengan kilang pengeluar produk kosmetik OEM. Yang bagusnya, di kilang sebegini, semua mesin pengeluaran, ahli kimia bertauliah dan bahagian design and marketing juga lengkap dan boleh membantu kita dalam memulakan perniagaan kita sendiri. Proses pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan logo Halal juga disediakan. Jadi, ia sangat memudahkan peniaga-peniaga baru.

Apa yang penting, adalah semangat juang yang kental dan sikap sentiasa proaktif dan ingin belajar. Anda jangan ingat perempuan sahaja buka perniagaan kosmetik, lelaki pun ada. Bidang kosmetik ini bukan gender-specific ya. Dato’ Sri Aliff Syukri misalnya, dikecam hebat orang lain namun dia tidak pernah putus asa dan lihat hasilnya kini. 

tips

6 Langkah Mudah Bina Jenama Kosmetik dan Penjagaan Diri Anda Sendiri Dengan Modal Rendah

Anda ingin bina jenama kosmetik anda sendiri dengan modal yang rendah? Anda ingin berjaya seperti jutawan-jutawan kosmetik terkemuka di Malaysia namun tidak tahu bagaimana caranya? Anda ingin mencipta produk anda sendiri namun kekeringan idea?

Tahukah anda bahawa terdapat cara mudah untuk anda bina jenama kosmetik anda sendiri, dengan modal yang rendah?

Kami di kilangoem.com merupakan pakar dalam menghasilkan produk kosmetik dan penjagaan kulit OEM atau original equipment manufacturer. Kilang kami diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat status amalan perkilangan baik (GMP) dan persijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM).

  • Pilih formulasi sedia-ada atau cipta formulasi baru

Rujuk wakil jualan kami dan pilih sama ada stok formulasi sedia ada kilang kami atau formulasi ciptaan anda sendiri untuk produk anda.

  • Sampel R&D

Sampel akan dihantar kepada anda dalam masa 1-2 minggu dalam keadaan yang rapi.

  • Pengesahan Tempahan

Setelah formula akhir dan reka bentuk pembungkusan disahkan, 50% dari jumlah pembayaran perlu dilakukan sebagai deposit sebelum pengeluaran dimulakan.

  • Pengeluaran

Selepas pengeluaran pertama, kilang kami akan mula beroperasi untuk menghasilkan produk anda dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

  • Pendaftaran

Semasa pengeluaran, kami juga akan membantu produk anda untuk mendapatkan lessen-lesen dari pihak-pihak yang berlainan seperti KKM, HALAL serta sijil ujikaji makmal jika diperlukan.

  • Penghantaran

Setelah penghasilan produk siap, kami akan menerima baki bayaran dan menghantar produk kepada anda.

Jangan bimbang, kami di kilangoem.com bersedia untuk membantu merealisasikan impian anda. Hubungi kami segera untuk sesi konsultasi dan pertanyaan. Konsultasi kami adalah percuma!

myth

MITOS PRODUK KOSMETIK OEM YANG SELALU KITA DENGAR

Pernah dengar tak kes produk kosmetik “timbang kilo” yang dikatakan tidak bagus untuk kulit dan mengandungi bahan-bahan terlarang yang berbahaya di pasaran? Ramai kata produk “timbang kilo” ini semuanya produk kilang OEM. Adakah ia benar, atau sekadar tanggapan orang di luar sana?

Sebelum itu, pada yang tidak tahu apa itu OEM, OEM atau original equipment manufacturer, ia merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk dalam kuantiti pukal untuk syarikat lain. Dalam erti kata lain, barang OEM adalah barang yang tidak mempunyai label atau jenama mereka sendiri, dan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak.

Produk OEM ini ada macam-macam jenis, dan produk kosmetik merupakan salah satu produk yang dikeluarkan dengan cara OEM. Namun, biasalah, tanggapan orang bahawa produk OEM merupakan produk yang berbahaya sudah sebati dalam jiwa masyarakat. Jadi, saya nak share mitos-mitos produk kosmetik OEM yang selalu kita dengar dan sejauh manakah benarnya mitos-mitos ini.

  • Produk kosmetik OEM mengandungi merkuri dan hidrokuinon

Dua bahan ini sebelum ini banyak kita temui dalam produk kosmetik dan penjagaan kulit lokal. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melarang penggunaan dua bahan ini dalam produk kecantikan kerana ia mengandungi toksik yang berbahaya dan boleh memudaratkan pengguna. Namun, tak semua produk kosmetik OEM mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Jika kilang OEM tersebut mengikut garis panduan KKM, jadi sudah pasti produk tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dan sesuai digunakan.

  • Produk kosmetik OEM diragui status Halal

Sesetengah produk kosmetik OEM diimport terus dari China, jadi status Halal produk tersebut diragui, terutama sekali oleh pengguna Muslim. Namun, jika produk kosmetik OEM tersebut dikilangkan di kilang yang memiliki status Halal dan diiktiraf oleh JAKIM, produk kosmetik OEM tersebut sudah semestinya memiliki pengesahan Halal. Jadi, tidak perlu risau dengan status Halal produk kosmetik OEM tersebut dan anda boleh menggunakannya tanpa was-was. No worries!

  • Produk kosmetik OEM dibuat di kilang yang yang tidak bersih

Guys, tidak semua kilang kosmetik OEM itu kotor. Jika kilang tersebut mengikut amalan perkilangan baik (GMP) yang telah mempunyai garis panduan yang betul, jadi tidak perlu kita berasa gusar. Yang penting adalah mencari kilang yang betul-betul mengikut panduan GMP yang diiktiraf.

  • Formulasi produk kosmetik OEM yang berbahaya

Ini juga merupakan kegusaran sesetengah pengguna bila mendengar produk kosmetik OEM. Namun, tidak semua formulasi produk kosmetik OEM yang dihasilkan itu berbahaya. Yang paling penting adalah kesesuaian produk dengan kulit anda. Jangan pakai produk yang anda yakin mengandungi bahan yang mengakibatkan alergi. Kaji dulu kandungan dalam produk tersebut sebelum digunakan. Jangan risau, semua maklumat di hujung jari. Jika produk tersebut tidak sesuai, hentikan penggunaan serta-merta dan rujuk pakar perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Kesimpulannya, tak semua produk kosmetik OEM itu berbahaya. Banyak produk kosmetik di Malaysia, malah high-end brands pun menggunakan khidmat OEM. Plus, chemist Malaysia juga semua berbakat tau. Selagi ia mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berwajib, produk kosmetik OEM tersebut sudah semestinya boleh digunakan tanpa ragu-ragu oleh sesiapapun. Pilihan di tangan anda.

Kami di kilangoem.com bersedia untuk membantu anda. Jika anda berminat untuk membina jenama anda sendiri, hubungi kami di kilangoem.com dengan segera. Jangan risau, konsultasi adalah percuma!