earn-money

Rahsia Buat Duit Mudah Dengan Produk Kosmetik dan Kecantikan

Korang mesti pernah dengar brand-brand kosmetik seperti D’Nars, Sendayu Tinggi, Vida Beauty, Anas, Nita Cosmetic, Alfa Alha Cosmetic dan banyak lagi bukan? Company ini semua keluarkan produk kosmetik yang laris di pasaran, and ramai pelanggan setia tunggu produk mereka keluar. 

Tapi, sebenarnya tahu tak, mereka semua ada tips dan cara untuk hasilkan produk mereka sendiri. Mereka semua bermula dari bawah. Menurut portal perniagaan usahawan.com, perkara pertama yang kita perlu lakukan sebelum memulakan perniagaan adalah tahu apa kita nak jual, potensi perniagaan and yang paling penting, modal yang kita nak keluarkan.

Tak semua orang ada kepakaran untuk hasilkan produk sendiri di kilang sendiri, kerana jumlah belanja yang besar. Bayangkan anda nak buka kilang besar-besaran untuk pengeluaran produk jenama anda, awal-awal mana ada modal yang besar. Belum masuk proses R&D, marketing dan sebagainya. Silap-silap, muflis pula! 

Jadi, solusinya adalah dengan berurusan dengan kilang pengeluar produk kosmetik OEM. Yang bagusnya, di kilang sebegini, semua mesin pengeluaran, ahli kimia bertauliah dan bahagian design and marketing juga lengkap dan boleh membantu kita dalam memulakan perniagaan kita sendiri. Proses pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan logo Halal juga disediakan. Jadi, ia sangat memudahkan peniaga-peniaga baru.

Apa yang penting, adalah semangat juang yang kental dan sikap sentiasa proaktif dan ingin belajar. Anda jangan ingat perempuan sahaja buka perniagaan kosmetik, lelaki pun ada. Bidang kosmetik ini bukan gender-specific ya. Dato’ Sri Aliff Syukri misalnya, dikecam hebat orang lain namun dia tidak pernah putus asa dan lihat hasilnya kini. 

tips

6 Langkah Mudah Bina Jenama Kosmetik dan Penjagaan Diri Anda Sendiri Dengan Modal Rendah

Anda ingin bina jenama kosmetik anda sendiri dengan modal yang rendah? Anda ingin berjaya seperti jutawan-jutawan kosmetik terkemuka di Malaysia namun tidak tahu bagaimana caranya? Anda ingin mencipta produk anda sendiri namun kekeringan idea?

Tahukah anda bahawa terdapat cara mudah untuk anda bina jenama kosmetik anda sendiri, dengan modal yang rendah?

Kami di kilangoem.com merupakan pakar dalam menghasilkan produk kosmetik dan penjagaan kulit OEM atau original equipment manufacturer. Kilang kami diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat status amalan perkilangan baik (GMP) dan persijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM).

  • Pilih formulasi sedia-ada atau cipta formulasi baru

Rujuk wakil jualan kami dan pilih sama ada stok formulasi sedia ada kilang kami atau formulasi ciptaan anda sendiri untuk produk anda.

  • Sampel R&D

Sampel akan dihantar kepada anda dalam masa 1-2 minggu dalam keadaan yang rapi.

  • Pengesahan Tempahan

Setelah formula akhir dan reka bentuk pembungkusan disahkan, 50% dari jumlah pembayaran perlu dilakukan sebagai deposit sebelum pengeluaran dimulakan.

  • Pengeluaran

Selepas pengeluaran pertama, kilang kami akan mula beroperasi untuk menghasilkan produk anda dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

  • Pendaftaran

Semasa pengeluaran, kami juga akan membantu produk anda untuk mendapatkan lessen-lesen dari pihak-pihak yang berlainan seperti KKM, HALAL serta sijil ujikaji makmal jika diperlukan.

  • Penghantaran

Setelah penghasilan produk siap, kami akan menerima baki bayaran dan menghantar produk kepada anda.

Jangan bimbang, kami di kilangoem.com bersedia untuk membantu merealisasikan impian anda. Hubungi kami segera untuk sesi konsultasi dan pertanyaan. Konsultasi kami adalah percuma!

myth

MITOS PRODUK KOSMETIK OEM YANG SELALU KITA DENGAR

Pernah dengar tak kes produk kosmetik “timbang kilo” yang dikatakan tidak bagus untuk kulit dan mengandungi bahan-bahan terlarang yang berbahaya di pasaran? Ramai kata produk “timbang kilo” ini semuanya produk kilang OEM. Adakah ia benar, atau sekadar tanggapan orang di luar sana?

Sebelum itu, pada yang tidak tahu apa itu OEM, OEM atau original equipment manufacturer, ia merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk dalam kuantiti pukal untuk syarikat lain. Dalam erti kata lain, barang OEM adalah barang yang tidak mempunyai label atau jenama mereka sendiri, dan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak.

Produk OEM ini ada macam-macam jenis, dan produk kosmetik merupakan salah satu produk yang dikeluarkan dengan cara OEM. Namun, biasalah, tanggapan orang bahawa produk OEM merupakan produk yang berbahaya sudah sebati dalam jiwa masyarakat. Jadi, saya nak share mitos-mitos produk kosmetik OEM yang selalu kita dengar dan sejauh manakah benarnya mitos-mitos ini.

  • Produk kosmetik OEM mengandungi merkuri dan hidrokuinon

Dua bahan ini sebelum ini banyak kita temui dalam produk kosmetik dan penjagaan kulit lokal. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melarang penggunaan dua bahan ini dalam produk kecantikan kerana ia mengandungi toksik yang berbahaya dan boleh memudaratkan pengguna. Namun, tak semua produk kosmetik OEM mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Jika kilang OEM tersebut mengikut garis panduan KKM, jadi sudah pasti produk tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dan sesuai digunakan.

  • Produk kosmetik OEM diragui status Halal

Sesetengah produk kosmetik OEM diimport terus dari China, jadi status Halal produk tersebut diragui, terutama sekali oleh pengguna Muslim. Namun, jika produk kosmetik OEM tersebut dikilangkan di kilang yang memiliki status Halal dan diiktiraf oleh JAKIM, produk kosmetik OEM tersebut sudah semestinya memiliki pengesahan Halal. Jadi, tidak perlu risau dengan status Halal produk kosmetik OEM tersebut dan anda boleh menggunakannya tanpa was-was. No worries!

  • Produk kosmetik OEM dibuat di kilang yang yang tidak bersih

Guys, tidak semua kilang kosmetik OEM itu kotor. Jika kilang tersebut mengikut amalan perkilangan baik (GMP) yang telah mempunyai garis panduan yang betul, jadi tidak perlu kita berasa gusar. Yang penting adalah mencari kilang yang betul-betul mengikut panduan GMP yang diiktiraf.

  • Formulasi produk kosmetik OEM yang berbahaya

Ini juga merupakan kegusaran sesetengah pengguna bila mendengar produk kosmetik OEM. Namun, tidak semua formulasi produk kosmetik OEM yang dihasilkan itu berbahaya. Yang paling penting adalah kesesuaian produk dengan kulit anda. Jangan pakai produk yang anda yakin mengandungi bahan yang mengakibatkan alergi. Kaji dulu kandungan dalam produk tersebut sebelum digunakan. Jangan risau, semua maklumat di hujung jari. Jika produk tersebut tidak sesuai, hentikan penggunaan serta-merta dan rujuk pakar perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Kesimpulannya, tak semua produk kosmetik OEM itu berbahaya. Banyak produk kosmetik di Malaysia, malah high-end brands pun menggunakan khidmat OEM. Plus, chemist Malaysia juga semua berbakat tau. Selagi ia mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berwajib, produk kosmetik OEM tersebut sudah semestinya boleh digunakan tanpa ragu-ragu oleh sesiapapun. Pilihan di tangan anda.

Kami di kilangoem.com bersedia untuk membantu anda. Jika anda berminat untuk membina jenama anda sendiri, hubungi kami di kilangoem.com dengan segera. Jangan risau, konsultasi adalah percuma!