Jom OEM
Jom OEM
Mudah-OEM merupakan destinasi utama anda untuk solusi pembuatan produk OEM yang komprehensif.
Dengan pengalaman luas dalam industri hampir 20 tahun, kami menawarkan perkhidmatan yang lengkap dari pembuatan produk dari awal hingga ke akhir mahupun konsultasi.
Ini termasuk dengan solusi lengkap pembungkusan untuk produk yang hendak dihasilkan dan pendaftaran produk yang menjadi lebih penting sejak akhir-akhir ini.
Pendekatan kami yang memenuhi citarasa pelanggan dan penekanan pada kualiti memastikan bahawa setiap produk yang kami hasilkan tidak hanya memenuhi standard industri, tetapi juga mencerminkan visi dan nilai jenama anda.
Perkhidmatan Kami
OEM Lengkap
Kami menyediakan perkhidmatan pembuatan produk secara menyeluruh, dari permulaan hingga penghasilan akhir, memastikan kualiti dan kesempurnaan di setiap langkah.
Pembungkusan Custom
Menawarkan solusi pembungkusan lengkap, termasuk pembungkusan, reka bentuk, dan keperluan lain yang berkaitan dengan penampilan produk akhir anda.
Perkhidmatan Tunggal
Repacking, Grinding (Powder), Powder Mixing, Liquid Mixing, Powder Filing, Liquid Filing, Capsuling, Tableting, Sachet, Teabag dan lain-lain lagi.
Pendaftaran
Membantu dalam pendaftaran pelbagai sijil dan kelayakan di Malaysia seperti Token Quest3, MAL Traditional, MAL OTC External, NOT Notification, Food Classification, Halal JAKIM, MyIPO Trademark, COA/MSDS Documentation, Technologist*, Dermatologist*.
R&D dan Formulasi
Menyediakan kepakaran dalam Research and Development (R&D) dan menyediakan formulasi tersendiri untuk produk mengikut permintaan dan citarasa anda.
Konsultasi
Menyediakan konsultasi profesional dan mesra untuk membantu pemilik dalam setiap aspek penghasilan produk, memberikan panduan dan nasihat berdasarkan kepakaran industri kami.