Mengenai Kami

Terokai solusi OEM lengkap secara khas dan disesuaikan dengan kehendak anda dengan produk yang hendak dihasilkan. Dengan kaedah inovatif dalam pembangunan produk, tujuan utama kami adalah untuk meningkatkan prestasi perniagaan anda dan memacu kejayaan dengan produk yang berkualiti tinggi.

Visi

Menawarkan penyelesaian OEM yang komprehensif, membimbing pelanggan daripada konsep produk awal hingga merealisasikan produk siap.

Misi

Menjadi rakan kongsi utama dalam penghasilan inovasi produk dan bersama-sama melakar kejayaan dalam perniagaan ke seluruh dunia dengan produk berkualiti.

Jadi, mulakan lah perjalanan transformatif dengan Mudah OEM, perunding pakar produk berpengalaman anda yang mempunyai pengalaman selama dua dekad.

Dari permulaan yang sederhana sebagai pembekal bahan mentah, kami memperoleh pengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan produk (R&D), pendaftaran produk, dan bekerja rapat dengan banyak syarikat multinasional di Malaysia seperti Nestle, Dutch Lady, F&N, Mamee, Pemanis, Ramly, Etika, dan lain-lain.

Gallery SariTani 17
Dummy 1 1

Seterusnya, mengetuai pasukan dinamik seramai 30 orang sebagai Ketua Jualan dan Pemasaran dalam sebuah syarikat global, ianya menambahkan lagi pengalaman dan kepakaran kami. Menguruskan projek OEM, terlibat dengan pensijilan kawal selia dan Halal, dan membuka pelbagai pasaran eksport untuk jenama produk, meningkatkan nilai pengalaman kami yang boleh dikongsi dengan anda.

 

Mengasaskan Mudah OEM menandakan detik terpenting bagi kami dalam menawarkan perkhidmatan perundingan OEM yang tiada tandingannya. Dengan pengalaman yang ada, kami berharap untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.

Di Mudah OEM, kami komited untuk memenuhi semua permintaan pembangunan produk pelanggan dengan ketepatan, inovasi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi. Perkhidmatan pembangunan produk yang lengkap dan reka bentuk tersuai disesuaikan mengikut permintaan setiap pelanggan. Maksudnya, tiada produk yang sama untuk setiap pelanggan.

Jangan tunggu lagi untuk melihat impian produk anda direalisasikan. Hubungi Mudah OEM hari ini dan mari kita mula mencipta laluan anda untuk berjaya bersama-sama.

Gallery SariTani 3
Chat Dengan Kami
Hello Mudah Oem!
Boleh saya dapatkan maklumat lanjut tentang service OEM?