MITOS PRODUK KOSMETIK OEM YANG SELALU KITA DENGAR

Pernah dengar tak kes produk kosmetik “timbang kilo” yang dikatakan tidak baik untuk kulit dan mengandungi bahan-bahan terlarang yang berbahaya di pasaran? Ramai kata produk “timbang kilo” ini semuanya produk kilang OEM. Adakah ia benar, atau sekadar pandangan orang di luar sana?

Sebelum itu, bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu OEM, OEM atau original equipment manufacturer, ia merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk dalam kuantiti besar untuk syarikat lain. Dalam erti kata lain, barang OEM adalah barang yang tidak mempunyai label atau jenama mereka sendiri, dan dikeluarkan dalam kuantiti yang besar.

Produk OEM ini ada pelbagai jenis, dan produk kosmetik merupakan salah satu produk yang dikeluarkan dengan cara OEM. Walaubagaimanapun, tanggapan orang bahawa produk OEM merupakan produk yang berbahaya sudah menjadi lumrah dalam masyarakat. Jadi, saya ingin kongsikan mitos-mitos mengenai produk kosmetik OEM yang selalu kita dengar dan sejauh mana kebenarannya.

Produk kosmetik OEM mengandungi merkuri dan hidrokuinon

Dua bahan ini sebelum ini banyak kita temui dalam produk kosmetik dan penjagaan kulit tempatan seperti krim untuk kulit kering atau krim parut jerawat yang selalu kita temui di pasaraya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melarang penggunaan dua bahan ini dalam produk kecantikan kerana ia mengandungi toksik yang berbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada pengguna. Namun, tidak semua produk kosmetik OEM mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Jika kilang OEM tersebut mengikut garis panduan KKM, maka sudah pasti produk tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dan sesuai untuk digunakan.

Produk kosmetik OEM diragui status Halal

Sesetengah produk kosmetik OEM diimport terus dari China, maka status Halal produk tersebut diragui, terutamanya oleh pengguna Muslim. Namun, jika produk kosmetik OEM tersebut dikeluarkan dari kilang yang mempunyai status Halal dan diiktiraf oleh JAKIM, produk kosmetik OEM tersebut sudah pasti mempunyai pengesahan Halal. Jadi, tidak perlu risau tentang status Halal produk kosmetik OEM tersebut dan anda boleh menggunakannya tanpa ragu-ragu.

Jadikan Impian Perniagaan Anda Menjadi Kenyataan Bersama Kilang Kami!

Dengan kemudahan dan kualiti terbaik, Kami akan jadikan impian anda menjadi kenyataan! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut.

apa itu oem

Produk kosmetik OEM dibuat di kilang yang tidak bersih

Tidak semua kilang kosmetik OEM itu kotor. Jika kilang tersebut mengikuti amalan perkilangan yang baik (GMP) yang telah ditetapkan, maka tidak perlu kita bimbang. Yang penting adalah mencari kilang yang benar-benar mengikuti panduan GMP yang diiktiraf.

Formulasi produk OEM kosmetik yang berbahaya

Ini juga merupakan kebimbangan sesetengah pengguna ketika mendengar tentang produk kosmetik OEM. Namun, tidak semua formulasi produk kosmetik OEM yang dihasilkan itu berbahaya. Yang terpenting adalah kesesuaian produk dengan kulit anda. Jangan gunakan produk yang anda yakin mengandungi bahan yang menyebabkan alergi. Periksa terlebih dahulu kandungan dalam produk tersebut sebelum menggunakannya. Jika produk tersebut tidak sesuai, hentikan penggunaan serta-merta dan dapatkan nasihat daripada pakar perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

Ulasan Produk Kosmetik Timbang Kilo

Anda mungkin sering mendengar tentang produk kosmetik “timbang kilo” yang kini semakin popular di pasaran. Tetapi, seberapa efektif dan selamat produk-produk ini sebenarnya? Ulasan pengguna dan pakar dalam industri kecantikan dapat memberikan pandangan yang berguna untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak sebelum membeli.

Harga Produk Kosmetik Timbang Kilo

Sebelum membeli produk kosmetik timbang kilo, penting untuk mempertimbangkan faktor harga. Meskipun produk ini mungkin dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan jenama terkenal, namun kita perlu memastikan bahawa nilai produk tersebut sepadan dengan harga yang dibayar. Perbandingan harga antara pelbagai penjual dan kualiti produk adalah penting sebelum membuat keputusan pembelian.

Produk Kosmetik Timbang Kilo di Malaysia

Produk kosmetik timbang kilo kini boleh didapati dengan mudah di pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, sebelum membuat pembelian, penting untuk memastikan bahawa produk tersebut mematuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Selain itu, memilih penjual yang dipercayai dan berlesen adalah langkah penting untuk memastikan anda mendapatkan produk yang sah dan selamat.

Bahaya Produk Kosmetik Timbang Kilo

Walaupun produk kosmetik timbang kilo mungkin menawarkan harga yang menarik, terdapat risiko yang terlibat jika produk tersebut tidak mematuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan. Bahan-bahan yang tidak selamat atau tidak disahkan boleh membahayakan kesihatan kulit dan keselamatan pengguna. Oleh itu, penting untuk melakukan penyelidikan yang teliti dan berhati-hati sebelum menggunakan atau membeli produk-produk ini.

Memilih Kilang OEM Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan

Kesimpulannya, tidak semua produk kosmetik OEM itu berbahaya. Banyak produk kosmetik di Malaysia, termasuklah jenama-jenama yang terkenal, juga menggunakan khidmat OEM. Selagi ia mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, produk kosmetik OEM tersebut sudah pastinya boleh digunakan tanpa ragu-ragu oleh sesiapa sahaja. Pilihan ada di tangan anda.

Kami di mudah-oem.com bersedia untuk membantu anda. Jika anda berminat untuk membina jenama anda sendiri, hubungi kami di mudah-oem dengan segera. Jangan risau, konsultasi adalah percuma!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Chat Dengan Kami
Hello Mudah Oem!
Boleh saya dapatkan maklumat lanjut tentang service OEM?